BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 1 July 2011

Seminggu Dua Berlalu Pergi...


Ehem2..
Fuhh,nak menyampaikan sesuatu dekat orang laen memang susah eh.inikan pulak aku,nak update blog,utk tatapan korang.err.macam la korang nak baca,haha..2 minggu dah aku tak update benda ni,entah aku rasa tak teransang dan tiada ransangan untuk aku mengupdate blog ni.tapi,sekarang dah teransang la kot.emm,dalam 2 minggu nih,macam2 lah perkara yang berlaku yang menonjolkan pelbagai situasi,haha.gambar dekat atas ni,menggambarkan perasaanku yang gembira.ni dekat lumut,dah lama aku pendamkan perasaan kt abc ni.akhirnye lepas la sangap aku kat abc nih.yg ni memang makanan/minuman kegemaran aku.aku rasa,tak ada kedai laen yang boleh tandingi kerangupan abc lumut nih.korang pegi la abc dekat delli planet ke,abc usop ke,abc mamak ke,rasanya memang berlainan disebabkan kehalusan seni pembuatnya..

Cerita lain pulak la ye.aku jugak nak merakamkan ucapan takziah la,buat rakan sekelas,sharipah bt yusuf atas kepulangan bapaknya ke rahmatullah..kawan2,sama2 lah kita mendoakan kesejahteraan dan kebaikan bapaknya khususnya dan seluruh umat manusia amnya agar ditempatkan dikalangan orang yang beriman,bertakwa,dan mujahidin,amin..diharapakan ujian ini dijadikan sebagai penguat semangat dalam menghadapi liku2 hidup.yang dah pergi tu,biarkanlah.kita sebagai manusia,mestilah teruskan hidup sebabagai khalifah di muka bumi ,dengan mengurus,mentadbir alam ini.

Seterusnya,aku nak panjangkan sikit perkara yang berkaitan dengan minggu ni yang aku rasakan agak teruk, berbeza dari minggu2 sebelumnya.minggu ni entah la,aku rasa malas sgt2 nk study,karangan cikgu baru aku buat 3 bijik jek.sejarah,p.p,p.am lagi la aku tinggalkan terus.ape la yang merasuk aku sampai jadi mcm ni,trial stpm pon tinggal berapa minggu je kan?huhh.

Konklusinya,ada tiga benda yang aku nak tegaskan.satu,hargailah masa dgn sebaeknya kerana masa tak akan menunggu kita.dua,sabarlah dalam menghadapi dugaan hidup,kerana disitu terselit 1001 hikmah.ketiga,kesedaran itu amat penting dalam diri kita.kalau kita tak sedar,kita akan terus hanyut dengan keseronokan yang melampau yang akhirnya menghancurkan kita.fikir fikirkan..
Sekian,wassalam :)



dah baca tekan laa like :)

Friday 17 June 2011

Catatan Pertama Aku...


Ehem2..
Sedar tak sedar,dekat seminggu lebih dah aku bergelar blogger,haha.blogger la sgt,blogger pasif mungkin.maaf la yek,sbb x rajin nak update blog ni disebabkan kesibukan yg melampau.maklumlah,cuti 'semester' pon dah habis kan,macam2 benda,hal,masalah baru la yang akan timbul dan perlu diselesaikan.benda pertama yg nak aku hadap ni,MUET.haha,aku dah jangka pon yg aku dapat keputusan mcm tu,x pe lah.lagipun,aku tak bercadang pon nak amek sekali lagi,sbb aku mmg x yakin dapat atas drp band 2.
Tiba-tiba pulak,datang satu demi satu kertas periksa pertengahan tahun tu kat aku.haha,becampur-campur perasaan aku,sedih,hiba,syok,pedas,manis,entah la..aku tgk analisis tu,alhamdulillah la.nak kata bagus tu,tak ada la sgt,nak kata teruk pon,tak ada la sgt,sedang-sedang aje kot.
Tapi yang aku ralat tu,tak dapat 4 prinsipal.apa la alasan nak aku ckp kpd mereka2 itu?ckp je la,baca dah semua,tapi bila tgk kertas preksa laen pulak yg keluar.haha,alasan lazim yg selalu kita gunakan,termasuklah aku.dengan itu,muncullah bertambun2 koje pembetulan yg patot dibuat,tahniah le..
Dengar kabonye trial stpm lagi 3 bulan.haha,entah aku x buat apa lagi,mmg aku terpaksa berhabis habisan,berkejar kejaran  nak dapatkan balek ape yg aku dah tinggalkan.mana tak nye,cuti ni aku byk buang masa aje pon.dan,bila dah mula sekolah balek,semangat masa sebelum dgn selepas cuti ni,agak berbeza la.skrg ni,masa utk study tu,dihabiskan dgn tido aje.err,mungkin awal lagi kot kan,periksa lmbt lagi,haha.tidak mengapalah,yang penting usaha untuk menuju ke arah itu tetap ada,daripada tak ada langsung kan?insyaallah,sinar itu pasti ada...semoga berjaya kawan-kawan. :)

dah baca tekan laa like :)

Thursday 9 June 2011

Aku dan blog

Ehem2..
Alhamdulillah,setelah berusaha dgn  sedaya upaya tanpa menitikkan sebarang peluh,akhirnya aku berjaya menghasilkan sebuah benda alah ni.1st sekali,sepanjang panjang penghargaan dan ratusan  terima kasih kpd mereka mereka yg terlibat dlm pembikinan blog ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.aku terbuat benda ni pon sbb teringin nak merasa pakai blog,tgk org laen dah maju,ada blog la,skype la,twitter la,dan macam2 lagi lah.aku x mandang ape pon.jadi,aku pon tak nak la ketinggalan,nak maju jugak sebagaimana mereka memajukan diri mereka sendiri..kesimpulannya,terhasillah blog ini.sebarang komen berbentuk cacian,makian,kutukan,kritikan,mahupun ransangan dlm meningkatkan kualiti blog ini aku terima mentah mentah,haha.sekian,terima kasihlah..

err, bukan aku sepenuhnya yg mereka reka blog ni.ini semua hasil kerahan tenaga ABEL XHEER,aku la mengada ngada paksa dia buat blog ni,aku x bagi upah pon kat dia,dia sanggup tolong aku yg bongok ni.terima kasih byk2 tau,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing,hihi.;p

dah baca tekan laa like :)

...hak cipta terpelihara Si Paus Hijau...