BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 1 July 2011

Seminggu Dua Berlalu Pergi...


Ehem2..
Fuhh,nak menyampaikan sesuatu dekat orang laen memang susah eh.inikan pulak aku,nak update blog,utk tatapan korang.err.macam la korang nak baca,haha..2 minggu dah aku tak update benda ni,entah aku rasa tak teransang dan tiada ransangan untuk aku mengupdate blog ni.tapi,sekarang dah teransang la kot.emm,dalam 2 minggu nih,macam2 lah perkara yang berlaku yang menonjolkan pelbagai situasi,haha.gambar dekat atas ni,menggambarkan perasaanku yang gembira.ni dekat lumut,dah lama aku pendamkan perasaan kt abc ni.akhirnye lepas la sangap aku kat abc nih.yg ni memang makanan/minuman kegemaran aku.aku rasa,tak ada kedai laen yang boleh tandingi kerangupan abc lumut nih.korang pegi la abc dekat delli planet ke,abc usop ke,abc mamak ke,rasanya memang berlainan disebabkan kehalusan seni pembuatnya..

Cerita lain pulak la ye.aku jugak nak merakamkan ucapan takziah la,buat rakan sekelas,sharipah bt yusuf atas kepulangan bapaknya ke rahmatullah..kawan2,sama2 lah kita mendoakan kesejahteraan dan kebaikan bapaknya khususnya dan seluruh umat manusia amnya agar ditempatkan dikalangan orang yang beriman,bertakwa,dan mujahidin,amin..diharapakan ujian ini dijadikan sebagai penguat semangat dalam menghadapi liku2 hidup.yang dah pergi tu,biarkanlah.kita sebagai manusia,mestilah teruskan hidup sebabagai khalifah di muka bumi ,dengan mengurus,mentadbir alam ini.

Seterusnya,aku nak panjangkan sikit perkara yang berkaitan dengan minggu ni yang aku rasakan agak teruk, berbeza dari minggu2 sebelumnya.minggu ni entah la,aku rasa malas sgt2 nk study,karangan cikgu baru aku buat 3 bijik jek.sejarah,p.p,p.am lagi la aku tinggalkan terus.ape la yang merasuk aku sampai jadi mcm ni,trial stpm pon tinggal berapa minggu je kan?huhh.

Konklusinya,ada tiga benda yang aku nak tegaskan.satu,hargailah masa dgn sebaeknya kerana masa tak akan menunggu kita.dua,sabarlah dalam menghadapi dugaan hidup,kerana disitu terselit 1001 hikmah.ketiga,kesedaran itu amat penting dalam diri kita.kalau kita tak sedar,kita akan terus hanyut dengan keseronokan yang melampau yang akhirnya menghancurkan kita.fikir fikirkan..
Sekian,wassalam :)



dah baca tekan laa like :)

...hak cipta terpelihara Si Paus Hijau...